Friday, October 24, 2014

Cinta Nasi Lemak

Judul       : Cinta Nasi Lemak
Penulis    : Nizam Zakaria
Format     : Pdf
Sinopsis :
Sebuah kereta Honda City bewarna hitam memotong keretanya untuk cepat-cepat masuk ke dalam lorong Touch & Go di Plaza Tol Sunway. Julia hanya mampu berdecit. Dia memandang ke arah jam di dalam kereta pacuan empat roda Toyota Rav4 Turbonya. Dia tidak mahu terlambat ke tutorialnya lagi. Tetapi di hadapannya terdapat beratus-ratus buah kereta yang bergerak perlahan. Sesak. Masing-masing bergegas ke tempat kerja atau
seperti dirinya yang sedang bergegas ke Universiti Monash, tempat dia belajar sejak dua tahun yang lepas.
Julia menggigit bibirnya. Dia menjengahkan lehernya untuk melihat wajahnya di muka cermin di hadapannya. Dia memandang ke arah bibirnya. Kemudian dia cepat-cepat mengeluarkan gincunya dari dalam beg tangannya lalu mengenakan gincunya. Belum sempat dia dapat mengenakan gincunya, dia dapat mendengar bunyi hon di belakang keretanya. Julia mengeluh. Dia menggerakkan keretanya ke hadapan.

Link Download

Password Zip
centerofbook.blogspot.com

No comments:

Post a Comment